43 Askar Dipecat Kerana Mengkritik Rejim Zionis

BETHLEHEM, 28 Jan 2015 (PNN) — Lebih 40 orang veteran askar perisik dipecat kerana membuat kritikan secara terbuka terhadap jenayah rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.

43 askar simpanan lelaki dan wanita yang dipecat Isnin lalu itu merupakan ahli pasukan rahsia tentera Zionis yang menjalankan tugasan khusus dalam keselamatan siber, yang digelar Unit 8200. Mereka dilaporkan enggan “meneruskan khidmat untuk sistem yang menggugat hak jutaan manusia.”

Dalam sepucuk surat yang telah disiarkan melalui media awam September lalu, mereka telah menulis kepada Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu, dan ketua-ketua turus tentera dengan menyebut bahawa mereka tidak lagi dapat memberi khidmat kerana tidak mahu terlibat dengan pencabulan hak rakyat Palestin. Mereka juga mengkritik penglibatan “penderaan politik” dalam tugasan perisikan mereka.

Surat tersebut ditulis beberapa minggu selepas tamatnya serangan tentera Zionis ke atas penduduk Gaza pada musim panas lalu.

Serangan yang bermula awal Julai 2014 itu telah mengorbankan 2,200 penduduk Gaza manakala 11,000 yang lain mengalami kecederaan. Serangan berakhir pada 26 Ogos melalui persetujuan gencatan senjata, memusnahkan lebih 15,500 unit perumahaan penduduk dan ribuan lagi infrastruktur awam yang lain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts