43 pendatang Yahudi lakukan ritual Talmud di al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 25 Nov 2018 — Segerombolan 43 pendatang Yahudi menceroboh masuk dan melakukan ritual Talmud di Masjid al-Aqsa pagi tadi, dengan dikawal ketat oleh pasukan polis bersenjata.

Pasukan polis mengiring penceroboh terbabit sepanjang tempoh mereka berarak di atas tapak suci umat Islam itu, sambil melakukan ritual di Pintu al-Rahma, sehinggalah mereka berundur keluar melalui Pintu al-Silsila.

Pendatang Yahudi menceroboh masuk setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts