43 penduduk Palestin ditangkap, termasuk Ahli Parlimen dan bekas tahanan

RAMALLAH, 28 Sep 2016 (IMEMC) — Tentera penjajah Zionis menangkap 43 penduduk Palestin termasuk seorang Ahli Parlimen dan beberapa bekas tahanan dalam operasi di Tebing Barat dan al-Quds awal pagi tadi.

Tiga tangkapan dibuat di bandar Qabatia di selatan wilayah Jenin manakala dua orang lagi ditangkap di Tulkarem. Empat yang lain ditangkap di selatan Ramallah. Tiga penduduk al-Quds turut ditangkap.

Di al-Khalil, enam penduduk diculik dari rumah mereka termasuk Ahli Parlimen Hamas, Jamal al-Natsheh. Jamal yang pernah meremgkok dalam penjara Zionis selama sembilan tahun dan dibebaskan hanya tujuh bulan lalu dibawa ke sebuah pusat tahanan yang tidak diketahui.

Tujuh yang lain ditangkap di kem pelarian Shufat di al-Quds.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts