45 buah sekolah Palestin diancam roboh

BAITULMAQDIS, 5 Feb 2018 — Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) semalam mengumumkan bahawa sekurang-kurangnya 45 buah sekolah Palestin diancam roboh oleh rejim Zionis.

Dalam kenyataan media beliau, wakil OCHA Roberto Valent menyebut tentang Sekolah Abu Nuwar di Baitulmaqdis Timur yang telah dimusnahkan oleh tentera Zionis. “Perobohan dibuat atas alasan tidak mendapat permit pembinaan, suatu yang hampir mustahil untuk diperolehi.”

Abu Nuwar menyediakan dua kelas pendidikan untuk 26 kanak-kanak Badwi dan masyarakat pelarian di sekitarnya. Ia terletak dalam Kawasan C di pinggir Baitulmaqdis, yang dikawal penuh oleh tentera Zionis.

Ratusan kanak-kanak belajar di 45 buah sekolah, iaitu 37 buah dalam Kawasan C dan lapan yang lain di Baitulmaqdis Timur, yang sedang menunggu untuk dirobohkan.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts