45 penduduk Palestin diculik sepanjang Aidilfitri

RAMALLAH, 29 Jun 2017 (PIC) — Persatuan Tahanan Palestin (PPS) hari ini melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 45 penduduk Palestin telah diculik oleh tentera Zionis sepanjang hari perayaan Aidilfitri.

Kenyataan PPS menyebut empat penduduk telah diculik dari wilayah Ramallah dan al-Bireh malam tadi, termasuk bapa kepada aktivis almarhum Adel Ankoush yang telah dibunuh oleh rejim Zionis, Hassan Ankoush. Ibu Adel telah ditangkap pada 21 Jun lalu.

Tentera penjajah turut menculik Ahmed Moussa, 38, dari Jenin dan Nidhal Za’rab, 21, dari Qalqilya. Manakala tiga yang lain termasuk Moussa Awad, 17, diculik dari bandar Beit Ummar di utara wilayah al-Khalil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts