450 penduduk Palestin ditangkap sepanjang Ogos

RAMALLAH, 5 Sep 2017 — Pusat kajian tahahan Palestin mengesahkan bahawa seramai 450 orang penduduk Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan 15 wanita, telah ditangkap oleh pasukan keselamatan rejim Zionis sepanjang bulan Ogos lalu.

Seramai empat kanak-kanak perempuan di bawah umur 16 tahun turut menjadi mangsa.

Di Gaza, 11 orang termasuk dua nelayan ditangkap.

Dalam pada itu, pasukan keselamatan khas Zionis telah menyerbu penjara Raymond sebanyak lima kali untuk menyerang dan memukul para tahanan.

Sepanjang Ogos, sebanyak 118 arahan tahanan pentadbiran dikenakan ke atas tahanan Palestin. Tahanan pentadbiran membolehkan penduduk Palestin dikurung tanpa sebarang pengadilan untuk tempoh selama enam bulan, dengan hanya berdasarkan kepada “bukti rahsia”. Tempoh tersebut boleh dilanjutkan tanpa had.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts