450 penduduk Palestin ditangkap sepanjang September

5 Okt 2016 (MEMO) — Pusat Kajian Tahanan Palestin melaporkan bahawa tentera penjajah Zionis menangkap seramai 450 penduduk Palestin termasuk 75 kanak-kanak sepanjang bulan September lalu.

Kawasan kota suci al-Quds dan al-Khalil mencatat angka tertinggi, manakala tujuh penduduk Gaza termasuk enam orang nelayan turut menjadi mangsa.

Tentera Zionis turut mengenakan 122 arahan tahanan pentadbiran, iaitu 44 kes baharu serta 78 kes lanjutan. Melalui tahanan pentadbiran, penduduk Palestin ditahan tanpa sebarang pengadilan untuk tempoh yang tidak ditetapkan dan boleh diperbaharui atau dilanjutkan tanpa had.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts