450,000 pendatang Yahudi tinggal di Tebing Barat

TEL AVIV, 9 Jan 2019 — Media Zionis, Israel Hayom, semalam melaporkan jumlah pendatang Yahudi yang tinggal di wilayah Tebing Barat sehingga akhir tahun 2018 adalah 448,672 orang.

Mereka tinggal di lebih 150 buah kawasan penempatan haram yang dibina di atas tanah penduduk Palestin, sekaligus mencabul undang-undang dan ketetapan antarabangsa.

Bilangan tersebut bagaimanapun tidak termasuk 250,000 orang yang menetap di wilayah Baitulmaqdis Timur serta pendatang yang tinggal di lebih 300 buah pos penempatan haram di Tebing Barat yang dibina tanpa kebenaran rejim Zionis.

Kadar pertumbuhan tahunan pendatang Yahudi mencecah 3% pada tahun 2018, berbanding 3.4% pada tahun 2017 dan 3.9% pada 2016.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts