
RAMALLAH, 26 Nov 2018 — Sekurang-kurangnya 47 penduduk Palestin diculik oleh tentera penjajah Zionis dari wilayah-wilayah Tebing Barat sepanjang malam tadi.
Seramai enam penduduk diculik dari wilayah al-Khalil iaitu Mahmoud Ayman Warasna, Zayed Tawfiq al-Jandi, Maher Awad, Adam Adel Huwashiya, Adam Tah Daajna, dan Ahmad al-Hawar.
Dua penduduk, Abada Qanis dan Muhammad Hassan Dariya, diculik dari Beit Lahm.
Di Ramallah, tujuh orang diculik termasuk seorang ayah bersama anak lelaki dan anak perempuannya, yang dikenal-pasti sebagai Diab Saadi Musleh, Shadi Musleh, dan Aya Musleh. Selebihnya adalah Khaled Shafiq Abu Qarea, Muhammad Hussein Khasib, Edris Hassan Sudani, dan Ahmad al-Khatib yang merupakan seorang jurnalis.
Sementara di Baitulmaqdis, seramai 30 orang yang masih belum dikenal-pasti identiti mereka diculik tanpa sebarang alasan.
(Maan, PIC, IMEMC)



