AL-QUDS, 1 Nov 2016 (PIC) — Dua siswa cedera ditembak dan 45 yang lain sesak nafas dalam pertempuran di kampus Universiti al-Quds di Abu Dis, al-Quds Timur tengahari tadi.
Pertempuran tercetus apabila pasukan besar polis Zionis menyerbu masuk dan berkawal di kampus tersebut, dengan melepaskan tembakan bom gas pemedih mata.
Dalam kejadian berasingan, beberapa orang siswa Universiti Politeknik di al-Khalil cedera sesak nafas diserang tentera Zionis.