Mesir Sita Lebih 650 Terowong Hayat di Persempadanan Mesir-Gaza

AL-ARISH, 27 Nov – Pasukan Mesir telah berjaya mengesan 14 terowong lagi di sempadan antara Mesir dan Gaza pada Khamis 25/11), kata sumber dari keselamatan Mesir.

Dua terowong telah disita di As-Sarsuria, di mana sejumlah besar paip cat dan besi dijumpai, dan lebih dari 12 lagi terowong ditemui di selatan Halawa Abu dari Salah Ad-Din, kata sumber tersebut.

Pasukan Mesir sedang membuat persiapan untuk menutup terowong-terowong tersebut.

Terowong tersebut telah dibina oleh penduduk Gaza sejak Israel mengenakan blokade di Semenanjung Gaza semenjak empat tahun lalu. Mereka mulai menggali rangkaian terowong sebagai laluan penyeludupan bawah tanah untuk memindahkan barang-barang keperluan yang  dilarang oleh Israel dari memasuki Gaza, di antaranya bahan bangunan.

Mesir semakin menggiatkan usaha menutup terowong-terowong tersebut setelah menerima  tekanan dari Amerika dan Israel untuk mengekang penyeludupan. Mesir sebelum ini telah  membina dinding baja besi di sepanjang sempadan yang dijadualkan selesai pada akhir tahun 2010.

Sumber-sumber keselamatan Mesir mengatakan lebih dari 650 terowong telah disita tahun ini, 16 daripada yang digunakan untuk menyeludup kereta. (mna)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts