49 pendatang Yahudi lakukan ritual di al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 21 Okt 2018 — Sekurang-kurangnya 49 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dan berarak serta melakukan ritual di atas tapak suci itu pagi tadi.

Mereka diiring dan dikawal oleh pasukan polis Zionis, menceroboh masuk melalui Pintu al-Magharebah dan akhirnya berundur keluar melalui Pintu al-Silsilah.

Dalam perjanjian di antara rejim Zionis dan kerajaan Jordan pada tahun 1967, penganut Yahudi dibenarkan memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa tetapi dilarang melakukan ritual keagamaan.

Pelampau Yahudi menceroboh masuk al-Aqsa hampir setiap hari, dalam usaha mereka untuk mengubah status quo tapak suci dan membahagikannya di antara umat Islam dan penganut Yahudi mengikut kawasan dan waktu tertentu.

Pada masa yang sama, penduduk Palestin disekat di pintu-pintu masuk masjid manakala sebahagian yang lain ditangkap serta diharamkan memasuki kawasan tersebut.

(Maan, PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts