490 penduduk Palestin ditangkap sepanjang bulan Januari

RAMALLAH, 1 Feb 2016 (PIC) — Rejim penjajah Zionis telah meningkatkan kempen menangkap penduduk Palestin sejak kebelakangan ini, sebagai langkah untuk cuba menghentikan Intifadah al-Quds yang tercetus sejak empat bulan lalu.

Pusat Kajian Tahanan Palestin (PCPS) dalam laporan bulanannya mendedahkan bahawa seramai 490 orang penduduk Palestin ditangkap sepanjang bulan Januari sahaja. 140 daripada mereka adalah kanak-kanak, di mana sebahagiannya di tangkap dalam keadaan mereka sedang mengalami kecederaan.

Seramai 13 wanita dan kanak-kanak perempuan turut ditangkap, termasuk isteri dan ibu kepada tahanan. Manakala dua orang ahli parlimen dan seorang bekas menteri juga ditahan.

10 penduduk Gaza juga ditangkap, termasuk enam orang nelayan yang sedang mencari rezeki di zon perairan Gaza. Seorang penduduk Gaza berumur 53 tahun turut menjadi mangsa tangkapan ketika menemani isterinya yang sakit mendapatkan rawatan di Hospital al-Maqased di al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts