4,943 bayi lahir di Gaza sepanjang bulan lalu

GAZA, 11 Okt 2016 (SP) — Pejabat Statistik Awam Gaza mencatat seramai 4,943 orang bayi dilahirkan di wilayah terkepung itu sepanjang bulan September lalu, iaitu pada kadar purata 166 orang setiap hari.

Menurut statistik tersebut, 1,940 bayi dilahirkan di kawasan Kota Gaza, 1,074 di Khan Younis, 813 di utara Gaza, 557 di Rafah dan 599 lafi di Gaza Tengah.

Sementara itu mereka turut mencatat sebanyak 291 angka kematian di seluruh Gaza, di mana 114 daripadanya di Kota Gaza, 55 di Khan Younis, 36 di kawasan Gaza Tengah, 58 di utara Gaza dan 28 di Rafah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts