5 Aktivis Eropah Di Tangkap Tentera Israel

AL HAMRA, 6 Jan – Pasukan Israel menangkap lima aktivis dari gerakan pro-Palestin Eropah pada Selasa (4/1) kerana mereka cuba untuk menyeberangi pos pemeriksaan tentera Israel di jalan Al Hamra, di Tebing Barat, demikian Pusat Maklumat Palestin melaporkan.

Setelah merampas pasport mereka, dan menahan para aktivis selama beberapa jam, tentera israel telah memindah kelima-lima aktivis itu ke AlHamra untuk siasatan lanjutan atas dakwaan “menyokong organisasi anti-Israel, melibatkan diri dengan gerakan menentang pendudukan haram israel, tembok sekatan dan penempatan haram.

Serena Moltono, jurucakap gerakan aktivis tersebut menyatakan bahawa para aktivis itu menuju ke bandar Tuba dan Barat Jenin untuk bergabung dengan organisasi tempatan.

Para aktivis dari Eropah mengecam tindakan tentera Israel tersebut, dan mengatakan mereka bercadang untuk membuat laporan kepada kedutaan mereka untuk mendesak tindakan penahanan haram Israel ke atas aktivis kemanusiaan. (imc)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts