5 cedera, 1 kritikal dalam serangan tentera Zionis di Jericho

JERICHO, 14 Nov 2016 (Man) — Sekurang-kurangnya lima penduduk cedera sesak nafas apabila tentera penjajah Zionis menyerang penduduk Palestin yang mengadakan perarakan aman membantah perobohan sebuah rumah di bandar Auja.

Pasukan tentera memusnahkan rumah keluarga Sitta yang sedang dalam pembinaan itu sambil melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah peserta perarakan. Sebutir bom gas pemedih mata ditembak ke dalam rumah keluarga Sitta, menyebabkan lima ahli keluarga tersebut cedera.

Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan seorang mangsa dikejarkan ke Hospital Hadassah Ein Kerem dalam keadaan kritikal.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts