GAZA, 21 Ogos 2016 (PIC) — Sekurang-kurangnya lima penduduk Gaza cedera dalam serangan meriam kereta kebal dan jet perang tentera Zionis ke beberapa lokasi di bandar Beit Hanoun di utara Gaza dari tengahari sehingga malam tadi.
Sekurang-kurangnya 60 serangan dilakukan, di mana tiga tembakan meriam menyasarkan sebuah kawasan pertanian di kejiranan al-Misriyine, manakala jet perang mereka mengebom dua peluru berpandu kem latihan Filistin.