5 cedera ditembak di sempadan Gaza

GAZA, 16 Ogos 2020 — Pasukan perubatan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya lima orang cedera ditembak dengan peluru hidup oleh tentera Zionis di kawasan timur kota Gaza malam tadi.

Sejak enam malam lalu, tentera Zionis menyerang Gaza serta melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk dan tanah kebun termasuk di kawasan kem al-Boriej dan Beit Lahiya di utara Gaza.

Pemuda-pemuda Palestin berkumpul di kawasan pagar sempadan untuk mengadakan protes, dengan membakar tayar untuk membentuk kepulan asap bagi menghalang penglihatan tentera Zionis.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts