JENIN, 18 Julai 2016 (Maan) — Tentera penjajah Ziois awal pagi tadi memusnahkan rumah tahanan Bilal Ahmed Abu Zeid di bandar Qabatia di selatan Jenin.
Lima orang termasuk dua kanak-kanak cedera ditembak apabila pertempuran tercetus ketika para penduduk menghalang tindakan tentera penjajah itu. Salah seorang mangsa berada dalam keadaan sangat kritikal akibat tembakan peluru hidup di bahagian dadanya.
Bilal ditahan sejak tiga bulan lalu atas tuduhan membekal senjata kepada penyerang yang membunuh seorang pegawai polis sempadan Zionis di Pintu Damaskus di al-Quds pada bulan Februari lalu.