5 diculik, 7 cedera diserang polis Zionis di al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 18 Sep 2018 — Pasukan polis Zionis menculik lima orang ahli jemaah dan pekerja Jabatan Wakaf, serta mencederakan sekurang-kurangnya tujuh yang lain, di perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Suasama di atas tapak suci umat Islam itu menjadi tegang apabila lebih 300 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk dan cuba melalukan ritual Talmud bersempena perayaan Yom Kippur.

Pasukan polis Zionis, termasuk pasukan berpakaian preman, menyerang ganas para jemaah dan pekerja al-Aqsa. Empat orang pekarja Jabatan Wakaf terpakda dikejarkan ke Hospital al-Makassed untuk mendapatkan rawatan.

Mereka yang diculik disahkan sebagai Haitham Halawani, Raed Zghayyar, Salman Abu Sbeih, Gheith Nasser Gheith dan Mahmoud Mo’nes.

(IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts