5 kanak-kanak diculik dari Kota Lama al-Quds

AL-QUDS, 13 Nov 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menculik enam penduduk al-Quds, termasuk lima kanak-kanak, dari Kota Lama al-Quds awal pagi tadi.

Tentera dilaporkan memecah masuk dan menggeledah rumah keluarga Zayed Idkeik di Bab Hitta sebelum menculik anak lelakinya Ahmad, 13, yang kemudiaannya diheret ke pusat interogasi Qishleh.

Dua beradik Omar Za’anine, 16, dan Ayham Za’anine, 13, turut diculik bersama Ahmad al-Za’anine, 14, dan Bahjat al-Razem, 13, dan dilarikan ke pusat tahanan tersebut.

Kenderaan peronda tentera Zionis menyerbu masuk perkampungan Qatna di barat laut al-Quds dan memecah masuk rumah Jawda Houshiya, kemudian mengarahkan beliau hadir untuk disoal siasat.

Laporan Defense for Children International-Palestine mendakwa bahawa tiga daripada empat kanak-kanak Palestin didera ketika dalam tahanan, termasuk pada waktu disoal siasat atau selepas menamatkan tempoh tahanan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts