5 kanak-kanak diculik ketika polis Zionis berundur dari kem Shu’fat

BAITULMAQDIS, 21 Feb 2018 — Polis Zionis hari ini menculik lima kanak-kanak Palestin ketika berundur dari kem pelarian Shu’fat.

Pasukan polis menyerbu kem pelarian Shu’fat dan melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata untuk menyurai kumpulan pemuda Palestin yang membantah pencerobohan tersebut.

Mangsa-mangsa dikenal pasti sebagai Diab Qarrash, Mahmoud Abeido, Osama Abu Isneineh, Riyad Salaimeh, dan Ibrahim Kayali.

(WAFA)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts