5 nelayan Gaza diculik tentera laut Zionis

GAZA, 21 Feb 2017 (PIC) — Bot-bot tentera laut Zionis pagi tadi mengepung sebuah bot nelayan Palestin yang sedang belayar empat batu nautikal dari pantai al-Sudaniya, Gaza.

Semua lima orang nelayan diculik dan bot mereka dipaksa belayar dan berlabuh di pelabuhan Ashdod.

Salah seorang mangsa, Muhammad Imran Sabri Bakr, dilaporan diculik dalam keadaan cedera ditembak di bahagian belakang.

Susulan persetujuan gencatan senjata pada bulan Ogos 2014, rejim Zionis bersetuju membenarkan nelayan Gaza belayar sehingga enam batu nautikal, dan zon menangkap ikan akan diluaskan secara berperingkat. Bagaimanapun nelayan Gaza diserang oleh tentera laut Zionis hampir setiap hari walaupun mereka menangkap ikan di dalam zon yang dibenarkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts