AL-KHALIL, 18 Julai 2018 — Lima pekerja Palestin cedera dilanggar lari oleh seorang pendatang Yahudi yang memandu di Yatta di sekatan wilayah al-Khalil.
Ketika kejadian, para pekerja terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.
Pemandu terbabit lari dari tempat kejadian, sementara sebuah ambulan Zionis tiba untuk membawa mangsa ke Hospital Soroka di Beersheba.
Salah seorang mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
(PIC)