5 pemuda Gaza cedera ditembak tentera Zionis

GAZA, 5 Jun 2017 (IMEMC) — Lima pemuda Palestin cedera ditembak oleh tentera Zionis dalam pertempuran yang tercetus ketika perhimpunan berdekatan sempadan Gaza petang tadi.

Seorang pemuda ditembak oleh tentera yang berkawal di menara pengkalan tentera Nahal Oz dan dikejarkan ke Hospital Shifa.

Seorang lagi cedera parah di bahagian perut dalam kejadian di timur Rafah, selatan Gaza. Beliau dikejarkan ke Hospital Abu Yousef Najjar.

Dalam kejadian di timur kem pelarian Jabaliya di utara Gaza, tiga pemuda cedera ditembak dengan peluru hidup dan dikejarkan Hospital Kamal Adwan dan Hospital Indonesia.

Pertempuran juga tercetus di kem pelarian al-Bureij di tengah Gaza, serta di timur kota Khan Younis di mana tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup dan bom gas pemedih mata.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts