5 pemuda Palestin cedera dilanggar jip tentera Zionis

jip-langgar-al-khalilAL-KHALIL, 26 Okt 2016 (Maan) — Sebuah jip tentera Zionis melanggar sebuah kereta yang dinaiki oleh lima pemuda Palestin di satu persimpangan di kota al-Khalil.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital al-Ahli dengan ambulan Bulan Sabit Merah Palestin. Mereka yang berasal dari bandar Sunif di kota al-Khalil itu dikenali sebagai Ali Baradiyya, Mohamed Ghanim, Omar Bardiyya, Mohamed al-Qadi dan Ahmad al-Qadi.

Menurut keterangan salah seorang mangsa, jip tersebut sengaja meluru ke arah mereka dan melanggar kenderaan yang mereka naiki supaya terbalik.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts