5 pemuda termasuk anak Ahli Parlimen diculik dari Tebing Barat

BEIT LAHM, 18 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menyerbu dan memecah masuk rumah-rumah, serta menculik lima pemuda Palestin di beberapa daerah di Tebing Barat.

Sekurang-kurangnya tiga pemuda diculik dari wilayah Beit Lahm, iaitu Dawoud Mahmoud al-Khatib, 23, dari kem pelarian Aida, Malek Imad Salama, 22, dari Beit Jala, dan Mahmoud Abiyat dari perkampungan Hindaza.

Manakala di Baitulmaqdis, dua pemuda diculik iaitu Amir Abu Sbeih, 17, dan bekas tahanan Tareq Khaled Odah, dari kejiranan Ein al-Louza di bandar Silwan.

Dawoud merupakan anak sulung kepada Ahli Majlis Legislatif Palestin, Mahmoud al-Khatib. Beliau dibebaskan beberapa bulan lalu setelah merengkok dalam penjara Zionis selama setahun.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts