5 penduduk Baitulmaqdis diharamkan masuk Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 29 Mei 2018 — Mahkamah majistret Zionis hari ini membebaskan lima penduduk Baitulmaqdis dari tahanan polis dengan syarat mereka diharamkan memasuki Masjid al-Aqsa selama seminggu.

Lima mangsa tersebut turut dikenakan denda sebanyak 500 shekel (RM560).

Bagaimanapun mahkamah masih menahan enam yang lain sehingga hari Khamis bagi menunggu maklumat penyiasatan. Mangsa diculik dari rumah-rumah mereka pada hari Sabtu lalu, atas tuduhan menyertai perhimpunan aman di atas tapak suci umat Islam itu pada hari Jumaat.

(PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts