5 Penduduk Baitulmaqdis Dilarang Masuk Al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 21 Dis 2017 — Polis penjajah Zionis hari ini mengharamkan lima penduduk Palestin memasuki Masjid al-Aqsa selama 15 hari.

Peguam Mufeed al-Haj dari Persatuan Tahanan Palestin menyebut bahawa Mahkamah Majistret Zionis di Baitulmaqdis Barat memutuskan Awad al-Salamiya dan adiknya Ashraf, berserta Tariq dan Ahmed al-Amouri dan Mohamed Shalaby, dibebaskan dari penjara dengan syarat tidak memasuki masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu selama dua minggu. Mereka turut dikenakan denda sebanyak 10,000 setiap orang.

Mereka ditangkap kerana terlibat dalam demonstrasi solidariti kota Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa pada hari Jumaat.

Pada masa yang sama, mahkamah Zionis membebaskan pemimpin Jawatankuasa Keluarga Tahanan dan Bekas Tahanan Baitulmaqdis, Amjd Abu Asab, dengan syarat beliau dikenakan tahanan dalam rumah selama lima hari. Beliau juga diharamkan menggunakan telefon bimbit serta didenda sebanyak 1,000 shekel.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts