5 penduduk Gaza cedera ditembak tentera Zionis

GAZA, 27 Jun 2018 — Seramai lima orang termasuk kanak-kanak Palestin cedera ditembak oleh tentera Zionis di kawasan sempadan utara dan selatan Gaza hari ini.

Tiga daripada mangsa ditembak di kem al-Awda di Rafah, selatan Gaza, sementara seorang lagi ditembak di timur Jabaliya, utara Gaza. Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Abu Yousef Najjar, di mana salah seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Seorang lagi mangsa, kanak-kanak berumur 15 tahun, ditembak berdekatan pagar sempadan di timur Jabaliya dan kemudian ditangkap oleh pasukan khas tentera Zionis dalam keadaan tercedera.

(PIC, IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts