5 penduduk Gaza termasuk wanita hamil dan kanak-kanak cedera dalam serangan

GAZA, 15 Ogos 2020 — Dua orang wanita termasuk seorang yang sedang hamil dan tiga kanak-kanak cedera dalam serangan tentera penajah Zionis ke atas beberapa lokasi di Gaza malam tadi.

Serangan malam keempat berurut-turut ini menyasarkan beberapa buah rumah di ketiga-tiga wilayah utara, tengah dan selatan Gaza.

Dalam kejadian di Beit Hanoun, beberapa buah rumah serta kawasan kebun rosak dan dua orang wanita cedera, termasuk seorang yang sedang hamil.

Di timur kem pelarian al-Boriej di tengah Gaza pula, seorang kanak-kanak berumur tiga tahun cedera di bahagian kepala dan muka. Menakala seorang kanak-kanak berumur 11 tahun dan kanak-kanak peremuan berumur lima tahun turut tercedera.

Dron-dron tentera Israel menyasarkan serangan bom ke kawasan kebun di timur al-Boriej dan sebuah pos pejuang mujahidin di Beit Lahia.

Keluarga-keluarga terpaksa lari meninggalkan rumah untuk menyelamatkan diri.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts