BAITULMAQDIS, 24 Apr 2018 — Polis Zionis hari ini melarang lima penjaga Masjid al-Aqsa daripada memasuki tapak suci umat Islam itu, untuk tempoh selama satu hingga enam bulan.
Larangan tersebut dikeluarkan selepas mereka disoal siasat oleh pasukan perisik Zionis. Namun tiada alasan diberikan.
Fadi Alyan, Luay Abu al-Saad, Khalil al-Tarhouni, Hamza al-Nebali, dan Arafat Najeeb disoal siasat di sebuah pusat tahanan Zionis di Jalan Salah al-Deen sebelum ketua polis Zionis di Baitulmaqdis membuat keputusan.
Terdahulu, pasukan perisikan dan polis Zionis mengiringi segerombolan 135 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba.
(PIC, WAFA)