5 petani Palestin cedera diserang tentera Zionis dan pendatang Yahudi

RAMALLAH, 6 Nov 2016 (IMEMC) — Lima petani Palestin cedera, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal, akibat diserang oleh tentera Zionis dan pendatang Yahudi dalam dua insiden berasingan di Tebing Barat.

Dalam kejadian di perkampungan al-Janiya di Ramallah, pendatang Yahudi menyerang dan membaling batu ke arah keluarga Abu Fekheideh yang sedang memetik buah zaitun di kebun mereka di al-Batha, tidak jauh dari kawasan penempatan haram Talmon.

Jaber Barakat Abu Fekheideh cedera parah di bahagian kepada dan dikejarkan ke Hospital Ramallah bersama dua saudaranya yang turut tercedera.

Manakala di timur Qalqiliya, tentera penjajah Zionis menyerang dan mencederakan dua orang petani Palestin yang sedang memetik buah zaitun di perkampungan Kafr Qaddoum.

Abdul-Mahdi Hekmat, 16, dan isterinya serta seorang lagi petani Qusai Aqel, 20, turut diherdik dan diugut bunuh sekiranya memasuki semula kawasan kebun mereka.

Sementara itu beberapa keluarga petani Palestin di bandar Qaryut di selatan Nablus dihalang memasuki kebun mereka oleh tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts