5 remaja Palestin dipenjara kerana “menghasut” di laman Facebook

BEIT LAHM, 17 Okt 2016 (Maan) — Sekurang-kurangnya lima remaja Palestin dipenjara tanpa sebarang pengadilan atas tuduhan “menghasut” melalui laman Facebook mereka.

Laporan Defense for Children International – Palestine (DCIP) yang diterbitkan hari ini menyebut bahawa salah seorang daripada mangsa yang disebut sebagai Ahmed H., 17, disoal siasat sebanyak dua kali dalam minggu pertama bulan Ogos sehingga tiga jam tanpa kehadiran ibu bapa beliau atau peguam.

Apabila Ahmed memberitahu para penyiasat bahawa beliau telah memadam semua maklumat di laman Facebook beliau setelah dipenjara selama 10 hari pada bulan April, pegawai Zionis menuduh remaja tersebut sebagai “menghalang siasatan dengan meminta orang lain supaya memadam foto-foto di laman Facebook beliau.” Ahmad menafikan tuduhan tersebut.

Beberapa hari kemudian, pihak rejim mengenakan hukuman tahanan pentadbiran selama enam bulan ke atas beliau.

Seorang lagi mangsa, Fadi J., 16, dibebaskan pada 2 September setelah merengkok dalam penjara Zionis tanpa sebarang pendakwaan selama hampir tujuh bulan, kerana memaparkan foto sepucuk senapang di laman Facebook beliau.

Ketika disoal siasat, pegawai Zionis menunjukkan foto sepucuk senapang AK-47 yang kononnya dimuat turun dari laman Facebook Fadi. Setelah Fadi mendakwa ianya hanyalah sekeping foto, pegawai tersebut menuduh beliau sebagai satu ancaman keselamatan dan cuba melakukan serangan.

Bulan lalu, Facebook telah bersetuju untuk bekerjasama dengan rejim Zionis untuk “mengurangkan hasutan anti-Yahudi secara online.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts