5 Tertangkap dalam satu Konfrontasi

Al-Quds: 27/2/2012- Polis Israel telah menangkap 5 penduduk Al-Quds pada hari Isnin petang (27/2/2012) semasa konfrontasi yang berleluasa terjadi di wilayah At-Tur, penjajahan Al-Quds.

Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa konfrontasi berlaku berhampiran dengan Hospital Al-Maqasid dan lapangan At-Tur sehinggalah persimpangan Sawwanah.

Askar-askar Zionis mengunakan pelbagai kelengkapan senjata api selain bom dan gas pemedih mata secara besar-besaran. Manakala para pemuda yang melakukan konfrontasi hanya menggunakan batu-batu dan paip besi. Kesan daripada konfrontasi ini seramai 5 rakyat Palestin ditangkap. PIP

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts