50 lori bawa bantuan dari Turki tiba di Gaza

GAZA, 7 Julai 2016 (WB) — Sekitar 50 buah lori membawa 2,000 tan muatan bantuan kemanusiaan dari Turki tiba di Gaza hari ini melalui pintu masuk di lintasan komersial Karem Shalom.

Bantuan termasuk makanan asas, minyak dan pakaian itu disimpan di gudang milik Kementerian Hal Ehwal Sosial Gaza sebelum diagihkan kepada penduduk yang paling memerlukan.

Isnin lalu, empat buah lori tiba di Gaza membawa keperluan asas termasuk pakaian dan mainan kanak-kanak yang diagihkan sebelum tibanya Aidilfitri.

Sejumlah 400 buah lori membawa bantuan dijangka tiba beberapa hari lagi.

Kapal Lady Leyla yang membawa 11,000 tan bantuan kemanusiaan tiba di pelabuhan Zionis di Ashdod Ahad lalu, susulan perjanjian memulih hubungan dua hala di antara Turki dan rejim Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts