50 pemimpin politik Palestin akan sertai mogok lapar

RAMALLAH, 3 Mei 2017 (Maan) — Seramai 50 orang pemimpin dari semua kelompok parti politik utama Palestin akan menyertai mogok lapar tahanan dalam penjara Zionis yang memasuki hari ke-17 hari ini.

Antara pemimpin tersebut adalah ketua jawatankuasa kepimpinan tahanan Hamas, Abbas al-Sayyid, ketua jawatankuasa kepimpinan tertinggi tahanan Jihad Islami, Zaid Bseisi, dan juga setiausaha agung Barisan Pembebasan Palestin (PFLP), Ahmad Saadat.

Sekitar 1,500 tahanan Palestin melancarkan mogok lapar pada 17 April lalu dan semakin ramai menyertai mereka selepas itu. Mereka hanya mengambil garam dan air sepanjang tempoh mogok tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts