50 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 3 Jun 2018 — Pasukan polis Zionis mengiringi segerombolan 50 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghreba pagi tadi.

Mereka berarak melakukan ritual Talmud di atas tapak masjid ketiga paling mulia dalam Islam itu. Pada masa yang sama para jemaah disekat di pintu-pintu masuk utama tapak suci itu.

Puluhan lagi pendatang Yahudi dijangka menceroboh masuk pada sesi tengahari, selepas para jemaah selesai mendirikan solah Zuhur.

(PIC, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts