50 penduduk Palestin dipenjara tanpa sebarang pertuduhan

RAMALLAH, 13 Julai 2017 (Maan) — Rejim Zionis hari ini menjatuhkan hukuman tahanan pentadbiran, tanpa sebarang pertuduhan mahupun pengadilan, selama tiga hingga enam bulan ke atas 50 penduduk Palestin termasuk dua orang Ahli Parlimen.

Serampai empat orang dilanjutkan tahanan pentadbiran ke atas mereka selama tiga bulan lagi, 27 orang dilanjut selama empat bulan dan 12 yang lain selama enam bulan.

Manakala dua orang dijatuhkan hukuman buat pertama kali untuk tempoh selama tiga bulan dan seorang lagi selama empat bulan. Empat yang lain, termasuk Ahli Parlimen Khalida Jarrar, dijatuhkan hukuman tahanan pentadbiran buat pertama kali selama enam bulan.

Sehingga kini seramai 6,200 penduduk Palestin dikurung dalam penjara Zionis, termasuk 490 tahanan pentadbiran.

Tahanan pentadbiran membenarkan rejim Zionis menahan penduduk Palestin tanpa mengenakan sebarang pertuduhan atau mengadakan pengadilan, untuk tempoh sehingga enam bulan dengan hanya berdasarkan kepda “bukti rahsia.” Tempoh tersebut boleh dilanjutkan tanpa had.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts