500 hari pintu Rafah ditutup, 4,500 pesakit masih menunggu

GAZA, 6 Apr 2016 (PIP) — Penutupan pintu lintasan di Rafah selama 500 hari berturut-turut membuatkan 4,500 orang pesakit terancam nyawa dan masih menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Sejak Oktober 2014 pintu di sempadan Mesir itu hanya dibuka selama 31 hari, iaitu 8 hari dibuka satu arah, 4 hari untuk jamaah haji, manakala beberapa hari yang lain untuk membawa masuk jenazah.

Selain daripada menyekat perjalanan pesakit, pelajar dan mereka yang telah pun mendapat visa ke luar negara, Mesir juga tidak membenarkan penduduk Gaza yang ingin keluar mengerjakan umrah ke Makkah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts