5,000 penduduk Palestin ditangkap sejak Oktober

RAMALLAH, 12 Apr 2016 (PIC) — Seramai 5,000 orang penduduk Palestin ditangkap sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada awal bulan Oktober tahun lalu.

1,900 daripada mereka yang ditahan adalah kanak-kanak, manakala 180 lagi adalah wanita. 85 daripadanya ditahan dalam keadaan tercedera.

40 orang tahanan Palestin merengkok selama lebih 20 tahun secara berterusan di dalam penjara Zionis, termasuklah tahanan Karim Younis dan Maher Younis yang dijatuhkan hukuman selama 34 tahun.

Manakala tahanan Nael Barghouti hidup selama 35 tahun di dalam penjara secara berasingan, di mana beliau ditahan semula pada tahun 2014 setelah dibebaskan dalam pertukaran tahanan Shalit.

Menurut jawatankuasa tahanan dan bekas tahanan Pihak Otoriti Palestin, tahanan Lina Jarbouni, 42, yang telah menjalani hukuman selama 14 tahun daripada hukuman selama 17 tahun, merupakan tahanan wanita paling lama berada dalam penjara. Rejim Zionis enggan membebaskan beliau dalam pertukaran dengan tahanan Gilad Shalit pada tahun 2011.

Manakala Dima al-Wawi, 12, adalah tahanan Palestin paling muda.

Pengalaman ditangkap, soal siasat dan tinggal di dalam penjara Zionis membawa kesan psikologi dan luka yang berkekalan ke atas para tahanan, keluarga dan masyarakat mereka.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts