504 Penduduk Palestin Dikenakan Hukuman Penjara Seumur Hidup

GAZA, 15 Nov 2017 — Pusat Kajian Tahanan Palestin melaporkan bahawa jumlah tahanan Palestin yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup telah meningkat kepada 504 orang.

Dua hukuman terbaharu dikenakan ke atas dua beradik Naser Badawi, 23, dan abangnya Akram, 33, yang berasal dari al-Khalil.

Ahad lalu, mahkamah tentera Zionis di Ofer menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas mereka, di samping denda sebanyak 60,000 shekels (RM71,900), atas tuduhan melakukan serangan menembak berdekatan Masjid Ibrahimi yang menyebakan seorang askar terbunuh dan dua lagi cedera.

Kedua-dua mangsa ditangkap pada bulan Januari 2016 dan didera serta disoal-siasat secara zalim selama lebih dua bulan.

(Sumber: PIC, TimesofIsrael)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts