52 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 26 Mac 2017 (PIC) — Polis Zioinis mengiringi puluhan pendatang Yahudi dan pegawai perisik Shin Bet menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 53 orang menceroboh melalui Pintu al-Maghareebah, sebelum polis Zionis menutup pintu tersebut pada jam 11:00 pagi. Mereka berarak melalui laluan tertentu kononny mengikut ajaran Talmud, dan berakhir di Pintu al-Silsileh. Sejurus keluar dari situ, pada pendatang melakukan ritual Talmud.

Kumpulan lain dilaporkan menceroboh masuk selepas waktu solat Zuhur.

Seramai 1,299 Yahudi menceroboh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Februari 2017, termasuk 118 askar dan ahli Shin Bet, dan 517 pelajar dan pemimpin pelancong Yahudi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts