RAMALLAH, 14 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik dan menahan 522 orang penduduk Palestin di Tebing Barat, al-Quds dan Gaza sepanjang bulan Ogos baru lalu.
Kenyataan bersama Persatuan Tahanan Palestin, Pusat Hak Asasi al-Mizan, Pertubuhan Adameer bagi Tahanan dan Hak Asasi dan Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin menunjukkan bahawa 324 daripada mereka berasal dari Tebing Barat, 194 dari al-Quds dan empat yang lain dari Gaza. Seramai 130 kanak-kanak dan 16 waita turut menjadi mangsa dan ditahan dalam penjara.
Sepanjang tempoh tersebut, rejim Zionis mengeluarkan 134 arahan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan.
(PIC)