53 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 21 Jan 2019 — Seramai 53 pendatang Yahudi termasuk lima pegawai Jabatan Antikuiti Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dalam gerombolan berbeza pagi tadi.

Pasukan polis Zionis mengiringi mereka masuk melalui Pintu al-Maghareba, dan beredar keluar melalui Pintu al-Silsila setelah berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu.

Penganut dan pelancong Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu. Pintu al-Maghareba, yang dikawal penuh oleh tentera Zionis sejak 1967, dibuka pada dua sesi iaitu jam 7:00 pagi dan selepas solat Zuhur untuk memberi laluan kepada mereka.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts