53 pendatang Yahudi dan perisik Zionis ceroboh masuk al-Aqsa

BAITUL MAQDIS, 3 Julai 2017 (PIC) — Pasukan polis Zionis membuka Pintu al-Maghareeba dan mengepung perkarangan Masjid al-Aqsa sebelum mengirigi 53 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk pagi tadi.

Menurut kenyataan pengawal tapak suci umat Islam itu, polis Zionis menutup semula Pintu al-Maghareebah sejurus selepas gerombolan Yahudi bersama 13 pegawai perisik dan pihak antiquiti Zionis itu menceroboh masuk.

Pada masa yang sama pihak perbandaran Zionis sedang giat membuat persediaan untuk mengadakan satu festival Yahudi di perkarangan tinggalan Istana Umayyah yang terletak di sebelah tembok selatan Masjid al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts