54 negara boikot majlis perasmian pejabat kedutaan Amerika di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 14 Mei 2018 — Sebanyak 54 daripada 86 duta asing di negera haram Zionis memboikot majlis pembukaan pejabat kedutaan Amerika di Baitulmaqdis petang tadi.

Kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU) tidak menyertai majlis tersebut, kerana tidak bersetuju dengan keputusan memindahkan kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Duta-duta dari Rusia, Mesir, India, Jepun dan Mexico turut memboikot majlis tersebut.

Seramai 32 duta asing menyertai majlis tersebut, termasuk empat dari negara EU iaitu Austria, Hungary, Romania dan Republik Czech. Lima buah negara Eropah bukan ahli EU turut serta, iaitu Albania, Macedonia, Serbia, Ukraine dan Georgia.

Manakala 12 duta Afrika menghadiri majlis tersebut, iaitu Angola, Cameroon, Republik Demokratik Congo, Republik Congo, Ivory Coast, Kenya, Sudan Selatan, Tanzania, Ethiopia, Nigeria, Zambia dan Rwanda.

Empat negara Amerika Tengah iaitu Republik Dominika, El Salvador, Guatemala, Panama dan Honduras. Dari Amerika Selatan, hanya Paraguay dan Peru hadir.

Empat negara Asia turut hadir, iaitu Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Delegasi Amerika diketuai oleh anak perempuan Presiden Amerika, Ivanka Trump, bersama suaminya Jared Kushner dan Setiausaha Kewangan Steven Mnuchin.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts