54 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 18 Apr 2018 — Pasukan polis Zionis mengiringi 54 pendatang Yahudi menyerbu masuk dan berarak di perkarangan Masjid al-Aqsa selama empat jam pagi tadi.

Para penceroboh melakukan ritual Talmud, dengan menghasut para jemaah yang berada di atas tapak suci Islam itu.

Terdahulu, gerombolan besar polis Zionis dan pasukan keselamatan khas dikerah ke seluruh perkarangan masjid untuk menjamin keselamatan para penceroboh.

Dua orang penjaga masjid ditangkap dan diharamkan memasuki al-Aqsa selama seminggu, dan empat staff al-Aqsa telah disoal siasat.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts