BAITULMAQDIS, 3 Okt 2018 — Pasukan polis Zionis mengiringi segerombolan 54 pendatang Yahudi menceroboh masuk dan berarak di perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.
Mereka menceroboh masuk melalui Pintu al-Maghareba dan kemudian berundur keluar melalui Pintu al-Silsila.
Ramai pendatang Yahudi menceroboh masuk mulai jam 7:00 pagi, mengambil kesempatan keadaan agak lengang di waktu pagi kerana para jemaah meninggalkan tapak suci itu untuk urusan harian mereka.
(PIC)