![132350](https://haluanpalestin.org/wp-content/uploads/2011/06/132350.jpg)
Gaza, 16 Jun – Doktor dan jururawat telah menganjurkan perhimpunan di hadapan pejabat Palang Merah di Bandar Gaza sebagai tanda protes membantah kekurangan bekalan perubatan di Gaza.
Wakil-wakil dari pelbagai kumpulan yang berbeza di Palestin telah menyertai demonstrasi tersebut berhimpun sambil mengangkat poster merayu kepada masyarakat antarabangsa dan Pihak Berkuasa Palestin untuk membantu menamatkan krisis itu.
Mereka berkata bahawa krisis bekalan ubatan ini amat serius apabila ubat-ubatan penting tidak diberikan kepada hospital-hospital.
Yousif Al-Mudallal, pengarah biro pekerja di Kementerian Kesihatan di Gaza, memberitahu dalam sidang akhbar bahawa beberapa pesakit mungkin mati jika krisis ini tidak dapat diselesaikan secepat mungkin.
Ashraf Al-Qidra, Pengarah Perhubungan Jabatan Awam Kementerian Kesihatan, mengesahkan bahawa 180 jenis ubat dan 200 jenis alat perubatan telah benar-benar kehabisan. (MNA)